Halaman

Powered by Calendar Labs

Ahad, 31 Ogos 2025

Apa Erti Merdeka

Apa Erti Merdeka (nukolan JO.HS) Cuaca petang itu mendung sahaja. Pak leman masih di ruang tamu rumah flet anaknya di Kuala Lumpur. Anaknya Zali dan isterinya leha keluar entah kemana. Ttelah Seminggu pak leman disini. Telivishen yang menyala di hadapannya langsung tidak menarik perhatiannya. Sayup-sayup lagu-lagu kemerdekaan bermain di tv terus silih berganti. pak Leman tak berminat semua itu. bukan benci pada lagunya dan juga pada acara di tv itu, tapi lebih kepada kekecewaan yang hadir di hatinya. Apa yang diperkatakan oleh anaknya semalam amat terkesan dalam dirinya. Hatinya benar terluka. Memang orang nampak kecil, tapi bagimya apa yang diperkatakan itu besar makna buat dirinya dan bangsa juga negara. Kesannya, hari ini Pak Leman tidak banyak bercakap. Dengan kerusi rodanya dia cuba bergerak ke pintu hadapan. dia cuba meninjau di luar rumah itu melalui tingkap di sebelah pintu. Pak Leman tak nampak apa-apa kecuali kelibat jiran anaknya lijah sedang mengutip baju dari ampaian. umur lijah di jangkakan lebih kurang umur anaknya zali 40 tahun. Zali bertugas sebagai pengawal peribadi kepada seorang datuk. datuk itu ahli politik terkenal di negara ini. Isteri Zali, Leha bertugas sebagai kerani di pejabat peguam. Selalunya maghrib baru mereka balik. Tuhan belum mengurniakan mereka anak walau telah berkahwin berbelas tahun. Jadi Pak leman sendirian sahaja lah setiap hari di rumah ini. Zali akan ambil Cuti ketika Pak Leman ada temu janji di Hospital. Pak leman bukannya suka sanggat tinggal di sini, tapi terpaksa. Di kampung Pak leman juga sendirian. Isterinya Milah telah lama meninggal. Zali hanyalah satu-satunya anak tunggalnya. Pak Leman menolak kerusi rodanya ke tepi dinding sebelah sofa. Di dinding itu ada sebuah kelender tergantung. Pak Leman membelek sekali lagi kelender itu. "eh, hari ini kan 31 Ogos, kenapa Zali dan Leha kerja. Bukankah hari ni cuti? Pak Leman bermonolog dalam hati. Tiba-tiba Pak Leman baru teringat. semalam dalam perbualan dengan Zali, Zali kalau tak salah ada cakap yang dia akan menghadiri sambutan hari kemerdekaan bersama bosnya hari ini.. "terpaksa bah, ikut bos. sebenarnya Zali malas nak menyertai itu semua. Ayat itulah yang membuatkan Pak Leman naik angin satu badan. Panjang mereka bertengkar semalam. Leha turut terlibat dalam petengkaran itu. "itulah kaurang, tak sedar diri" Pak leman teringat balik hujung perbualan mereka. Sambil melepaskan keluhan panjang Pak Leman memusingkan kerusi rodanya ke arah televishen semula. tidak semena pak Leman terpandang laporan berita tentang sambutan kemerdekaan yang berlangsung pagi tadi di dataran Putera Jaya. Terlihat ramai peserta yang hadir dengan perbagai mecam riaksi. Perbarisan berlangsung dengan warna-warni. berbagai agensi mengambil bahagian. terlihat juga kanak sekolah yang mengambil bahagian. tak ketinggalan dari agensi suasta. "agaknya Zali dan Leha ke sinilah tadi kot?" Pak leman bermonolog dalam hatinya. "tu pun kerana terpaksa" Pak leman menyambung. Dengan perasaan yang tidak mennentu itu pak Leman mencapai rimot tv dan menmatikan tv di hadapannya. Segalanya seolah-olah tidak bermakna untuknya. Bukan pak Leman tidak bersetuju dengan sambutan itu, tapi bagi Pak Leman, penghayatannya telah jauh menyimpang. Lebih-lebih lagi di kalangan anak muda sekarang. Itulah yang dijelaskan oleh anaknya Zali dan menantunya Leha. Pak Leman masih keliru. Apa yang diperkatakan oleh anak menantunya ada asasnya. Cuma beliau masihcuba mempertimbangkannya dalam fikiran. Semalam selepas makan malam, Pak leman seperti biasa akan duduk di sofa bersembang dengan anak menantunya. "besok 31 ogos. kau ke mana zali? tanya Pak Leman pada anaknya. "besok kena iring bos ke sambutan merdeka bah. Malas sebenarnya bbah." "malas. bagus lah tu" jawap Pak Leman. "alah bukan ada pun abah. menghabiskan duit ja. untuk apa menghabiskan duit beribu malah berjuta sekadar buat program pembarisan tu." jelas Zali pada ayahnya. Muka Pak Leman berubah marah dengan kenyataan anaknya tu. hatinya terasa terguris. Betapa anaknya tidak menghargai langsung tarikh keramat tu. "kau orang tak merasa keperitan orang dahalu bersusah payah bekorban darah dan nyawa untuk mencapai kemerdekaan itu. tak kerana pengorbanan mereka kau orang semua tak akan selesa seperti sekarang". jelas Pak leman. "bukan gitu bah." leha menyampuk membela suaminya. ""Zali cuma kesalkan cara mereka sambut kemerdekaan tu bah. mereka terlalu membazir bah." sambung leha. "apa salahnya habiskan duit untuk sambutan tu. biar nampak ada pengorbanan sikit. merdeka tu mahal harganya. tak salah kalau hasilnya semua orang akan cintakan kemerdekaan tu. biar mereka kenang jasa orang yang telah berjasa pada mereka." Nada suara Pak Leman sedikit tinggi. "masalahnya bah, benarkah sambutan itu semua akan terkesan di hati mereka bah? fahamkah mereka tentang hakikat sambutan tu? ramai kalangan mereka hanya datang seolah berpesta ja bah. tiada nilai kemerdekaan pun bah." jelas Zali pada ayahnya. "mereka kena usaha jalan lain bah. mereka kena tanamkan semangat kemerdekaan itu dalam bentuk lebih sirius bah. bukan hanya buat sambutan yang membazir tu bah." sambung leha. "kita ni terlalu ikut cara barat bah. mereka yang dulu jajah kita, dan mereka juga yang ajar kita cara menyambut merdeka cara mereka. sebenarnya kemerdekaan kita ni pun diberi cara penuh rahsia di balik hakikat sebenar." jelas Zali lagi. "kami faham akan pengorbanan askar kita bermandi darah berkorban menentang kominis tu bah. tapi bagi penjajah, itu semua tak bermana apa-apa. kemerdekaan kita diberikan melalui parti politik yang mengiktiraf mereka. kami hargai jasa askar kita kerana kalangan mereka ramai terkorban dan cedra. tapi mereka melawan kominis yang langsung tak di bantu oleh penjajah. pengganas itu mula menganas pun selepas kita merdeka bah. jelas zali panjang. "pejuang-pejuang kita yang gugur dahulu seperti tok Janggut, tuk Bahaman dan lainnya langsung tak diiktiraf. mereka ni lah yang pejuang merdeka sebenar bah. malah pejuang kita dikalangan orang melayu ini di angkap musuh dan pengkianat. sebenarnya ramai lagi pejuang melayu yang ditangkap dan dibunuh penjajah. penjajah mengharamkan semua pertubuhan yang menentang mereka dan membiarkan sahaja siapa yang sehaluan dengan mereka. kita sebenarnya tak sebenar merdeka bah. kita merdeka dengan syarat yang menguntungkan mereka. cuma kita yang tertipu bah." jelas leha. "mereka sembunyikan sejarah kita. mereka yang atur segala undang-undang kita agar kita terus laksanakan undang-undang penjajah hingga kini bah. Pak leman terdiam dengan hujah anak menantunya. dia bingung memikirkannya. tapi apa yang dia faham lain ceritanya. dia keliru sekarang. mana mahu dipercaya. "cerdik pandai kita telah mengkajinya bah. mereka mula faham akan muslihat penjajah. mereka menipu sejarah kita agar kita tak tahu perjuangan pahlawan kita." jelas Zali seolah faham akan fikiran ayahnya. "penjajah meletakkan syarat yang berat pada kita bah, kita terpaksa terima pendatang yang mereka bawa masuk dari Cina dan India. perlembagaan kita pun mereka yang tulis dan paksa kita untuk gunakannya. kita langsung tidak punya hak untuk tentukan hala tuju kita. mereka lemahkan kuasa sultan-sultan kita. pemimpin kita mereka pastikan yang hanya mahu melaksanakan apa yang mereka mahu. jelas Zali lagi?. Pak leman makin pelek. sukar dia menerima hujahan anak menantunya itu. kenapa pekara ini semua tak timbul sebelum ini? mana anak-anak menantunya tahu semua ini? "sebenarnya banyak lagi sejarah yang mula disedari oleh orang melayu sekarang ni bah. "mereka memisahkan agama dengan kehidupan. undang-undang syariah kita menjadi undang kelas kedua bah. Benarlah sabda nabi kita. Jika kita tak lagi berpegang pada alquran sebagai panduan kehidupan, kita akan terhina. Mulia kita kerana islam. Jika kita telah lari dari itu allah tak akan bantu kita bah.” jadi layakkah kita gembira menyambuyt merdeka ni bah. Zali menambah persoalan pada pak Leman. "walau begitu kami tetap bersyukur atas apa yang kita kecapi sekarang. tapi tetap merasa tertipu dan tetap merasa kemerdekaan ini satu helah. mereka masih menjajah tapi penjajahan dalam bentuk baru. cukup hanya memantau pada boneka mereka. Kita belum merdeka sebenarnya bah. Kita perlu cari balik aidentiti kita sebenar. Bangsa kita pernah hebat bah. Kehebatan itu telah hilang akibat tamaknya bangsa kita sendiri. Pengkianat bangsa inilah yang merentuhkan ketamadunan bangsa. Dan mereka ini wujud hingga sekarang. Kita kena sedarkan bangsa kita agar jangan terus terleka. Bila aidentiti kita makin pupus, sukar untuk pulih kembali." ulas zali pada ayahnya. Pak leman mengaru-garukan kepalanya yang tak gatal tu. "entahlah ajaran sesat mana yang kau orang bawa ni." sesalnya. "kami cuma ceritakan hakikat sebenar ja bah. terpulang pada abah untuk menerimanya. kata Zali. "cuma kami bimbang akan nasib orang melayu akan datang. segala keistimewaannya sedang dipertikai dan hilang satu demi satu. tapi kita masih leka.umpama katak yang dimasukkan dalam periuk. Walau air makin panas katak itu masih selesa sehinggaa akhirnya dia mati dlam periuk itu. Takkanlah kita sampai ke tahap itu baru kita nak sedar bah." jelas leha menyambung. Dalam diam pak Leman mula faham seikit demi sedikit apa yang diperkatakan oleh anak menantunya. Namun sukar dia menangkis keyakinan lamanya tentang kemerdekaan itu. “contohnya ada dehadapan kita sekarang ni bah. Bumi palastin tu dulunya aman bah. Tapi sikap orang palastin yang baik sangka itulah akhirnya musuh mengambil kesempatan sedikit demi sedikit. Akhirnya orang Palestin itu mereka cuba nak hapuskan dan nak rampas terus bumi itu. Perkara tersebut tak mustahil untuk berlaku pada kita jika kita tak sedar dari sekarang ni bah. Sesungguhnya musuh itu tak pernah berdiam diri selagi kita tak mengikut kehendak mereka. Kalau kita tak sedar, kita akan ikut mereka sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, dan walau masuk ke lubang biawak sekali pun kita akan ikut.” Jelas Zali panjang lebar. “habis tu kita sambut kemerdekaan sekarang ini salah lah?” tanya pak Leman. “salah tu tak salah bah. Cuma kita kena sedarkan terutamanya masyarakat islam melayu agar sedar dan pulihkan keadaan ini sebelum terlambat.” Leha menjelaskan. “asalamu alaikum bah..... Lamunan pak leman terhenti. rupanyanya anak menantunya telah pulang. pak Leman tersentak dengan kepulangan anak menantunya itu “kenapa kami telefon tak dapat bah? Tanya Zali. “entahlah” jawab Pak Leman. “tak mengapalah, jom siap. Kita keluar malam ni. Kita solat kat masjid negara tu dulu lepas tu kita pergi makan. Besik kan abah nak balik....” pujuk leha. “cepat pergi siap” sambung Zali. Perlaahan-lahan pak Leman menolak kerusi rodanya kedalam bilik yang disediakan untuknya. “kaurang tunggulah sekejap abah siap.” Kata Pak Leman sambil tersenyum nipis. .

Selasa, 26 Ogos 2025

KEMELUT KAMPUNG MAKMUR

Kampung Makmur tidak semakmur seperti dulu. masing-masing membawa fikiran masing-masing. di mana mereka berada tidak semeriah dulu. di kedai, di pasar, di surau juga begitu. dari gelak ketawa tidak seceria dulu. kenduri kendara juga tidak semeriah dulu. semua ini bermuala dari pelantikkan ketua kampung yang baru pak brahim. Pak brahim seorang tua di kampunt itu yang mementingkan diri sendiri. semua ini tidak berlaku sebelum itu. pak samad yang meninggal kerana sakit jantung telah merubah segalanya Pak samad disukai oleh ramai penduduk kampung kerana sikapnya yang meudah berbincang. asalnya penduk kampung mehu melantik haji dolah untuk menggantikan pak samad. tapi kebanyakan orang kampung terpedaya dengan pujukan pak brahim yang pandai bermain kata-kata. maka haji dolah pula seorang yang lurus dan tak pandai bermain politik. pada suatu malam, pak brahim menjemput semua orang kampung ke ruamahnya untuk majlis makan-makan. berjenis makanan disediakan untuk orang kampung. Nasi briani, satay, dan berbagai jenis kuih muih desediakan. orang kampung memuji-muji setiap makanan itu sedap dan berpuas hati kerana mereka dapat makan dengan banyaknya. majlis itu diadakan dua hari sebelum perlantikkan ketua kampung yang biasa diadakan di kampung itu setiap kali mereka ingin melantik ketua kampung atau ahli jawatan kuasa yang lain. dalam bisikkan antara sesama orang kampung itulah mereka dlam diam menghasut antara mereka untuk melantik pak brahim. alasannya kampung mereka akan lebih maju lagi akan datang ini di bawah kepimpinan pak brahim. pak brahim juga sebenarnya agak berada dibandingkan merekan yang lain di ampung itu. manakala haji dolah hanya orang kampung biasa-biasa sahaja. dalam mesuarat perlantikkan di surau malam itu, penduduk kampung berpecah menjadi dua tiga puak. mereka membawa alasan masing-masing. suasana riuh dengan perbedebatan kecil menambah kekecohan. pak imam terpaksa tenangkan keadaan. "tuan-tuan dengar sini. kita sekarang ada dua calon yang dicadangkan oleh kita semua. pak brahim dan haji dolah. masing-masing punya kelebihan. jadi tuan-tuan fikirlah secara tenang. dalam kekecohan itu bangun lah lebai sudin dan berkata. ""kau orang jangan terpedaya dengan pak brahim. dia ada udang disebalik batu tu. dia bukan asal sini. sialap-silap nanti semua tanah kau orang dia jual atau dia ambil jadi hak dia. suasana makin kecoh. mereh padam muka pak brahim. tidak berpuas hati dengan tuduhan itu. ""lebai kau jangan kurang ajar sanggat ya. aku tak sejahat itu. aku punya ni;at baik untuk majukan kampung ni. ramai lagi pemuda kampung ni takdak kerja. aku cuma nak tolong orang kampung. ""kau jangan tupu lah. celah ramli. dah banyak tahan kat hujung kampung tu kau tipu dan kau jadikan hak kau. mentang-mentanglah mereka tu tak sekolah. kau tipu mereka. hujah ramli mendapat sokongan ramai. mereka mengiyakan apa yang ramli katakan tu. dalam waktu yang sama, ramai juga penyokong pak brahim. antaranya gani dan husin. gani bangun dengan semangatnya berkata. ""apa salahnya pak brahim tu. diakan nak majukan kita semua. kan dah ramai anak muda kita dapat kerja dan bekerja di tapak yang diusahakan pak brahim tu. kau ni kuno lah. sambil menunjuk kepada mereka yang tidak bersetuju dengan beliau. hampir semparuh penduduk kampung tahu niat sebenar pak brahim. walau pun dia memberikan anak muda kampung itu bekerja, tapi bayaran yang di buat amatlah tidak berpadan. kecualilah mereka yang hampir dengan beliau. mereka yang membodek sahaja yang diberi keutamaan dan dibayar lebih sedikit. pak imam bangun dan berkata. ""macam ni dajalah. kita buat undian. siapa yang banyak undinya kita bersetujulah untuk di lantik jadi ketua kampung ni. ramai juga yang tak tahu. pak brahim telah membeli ramai orang kampung sebelum itu dengan memberi mereka barang-barang makanan. husin dan gani lah juru hantarnya. mereka berdua buat kerja ini dalam diam atas nama nak membantu. sebenarnya ramai juga yang menyukai haji dolah. beliau merupakan siak surau tersebut. perwatakannya yang meudah mesra menyebabkan orang kampung senang kepadanya. lagi pun beliau orang lama di kampung tu. semua penduduk kampung dia kenal. di majlis kenduri kendara tak pernah dia tak hadir. dia ringan tangan untuk membantu pa yang dia boleh. namun haji dolah tak banyak harta. cama kuderat sahaja yang dia ada. pak imam bersuara. ""beginilah. saya hendak melantik gani sebagai tukang kira unndi. jadi, siapa yang bersetuju dengan calun tersebut sila angkat tangan. boleh? masing-masing tidak terkata apa walau ada yang cuba protes akan perlantikkan gani itu. mereka tahu gani bukanlah seorang yang amanah sanggat. namun apakah daya mereka. pak imam telah buat keputusan. ""bailah sekarang ini saya akan sebut nama. semua orang diam tanpa berkata apa-apa.. pak imam seolah memandang mereka seorang demi seorang sebelum menyebut nama calun. "siapa yang sokong pak brahim angkat tangan.... ramai yang mengankat tangan. dalam diam pak brahi;m merasa bangga. gani memulakan tugasnya. mulutnya kumat kamit mengira. hatinya terasa puas. "dah ka gani? pak imam bertanya. "dah pak imam. gani menyahut dengan yakin. "sekarang siapa menyokong haji dolah angkat tangan. tak kurang ramai juga mengankat tangan. gani sekali lagi berkumat kamit mengira. "selepas ini kita minta gani umumkan calun yang menang dan saya minta semua terima dengan tenang. kita doakan yang baik saja demi kampung ni. semua jamaah di surau itu yang terdiri dari orang kampung berdebar. masig-masing mengharapkan calon mereka dipilih. dalam diam, pak brahim memberi isyarat mata pada gani. gani mengangguk perlahan tanda faham. ada seorang dua dari penduduk kampung melihat gelagat pak brahim dan gani. tapi mereka tak faham apa ertinya. "baik lah, dengan ini saya akan umumkan pemenangnya. semua mata bertumpu pada gani. "haji dolah mendapat 30 unndi, maka pak brahim mendapat 40 undi. jadi pak brahim lah yang layak menjadi ketua kampung kita.. bermacam-macam riaksi orang kampung itu. ada yang terkejut, ada yang bersorak, ada yang kecewa. lalu pak imam bersuara. "jadi, kita harapkan semua kita dapat terima keputusan ini. kita doakan pak brahim dapat buat sesuatu untuk kampung kita. malam itu orang kampung itu pulan dengan bermacam perasaan. sejak itu mereka terbawa-bawa dengan harapan masing-masing. walau telah berbulan berlalu, keadaan itu tak banyak berubah. entah mengapa itu semua menjadi retak menunggu belah. keadaan itu tak pernah berlaku sebelum itu. dalam waktu yang sama, pak brahim meneruskan cita-citanya. beliau tahu, orang kampung yang tak secerdik mana itu mudah dibeli. sedikit demi sedikit beliau dengan liciknya menusuk jarum jahatnya. sifat tamaknya makin menjadi-jadi. beliau yakin, sedikit masa lagi beliau akan punya berekar-ekar tanah di kampung itu. keringat orang kampung diperah secukup-cukupnya untuk merialisasikan impiannya. beliau bercita-cita untuk membuat bermacam jenis ladang. dan hasil ladang itu beliau jual di pekan besar untuk mendapat untung. siapa lagi kalau keringat orang kampung untuk diperah semahu-mahunya. bayaran yang diberikan tidak setimpal tapi apa kan daya. orang kampung yang tak pernah merasa duit yang lebih, merasa gembira sanggat. gani dan husin dari naik basikal kini telah punya motor. setiap dua hari tiga hari sekali lori-lori akan masuk ke kampung mereka untuk mengambil hasil. ada sayuran, ada jagung, adabuah-buahan dan macam-macam lagi. makcik limah dan makcik bedah makin bergaya. mereka bergaya hasil jualan tanah mereka pada pak brahim. jali juga telah punya motor. kesana sini dengan motornya berbangga dengan pak brahim. dusunnya telah terjual pada pak brahim. pernah haji dolah menasihati mereka supaya jangan jual tanah mereka pada pak brahim, namun mereka tak mengindahkannya. jawapan mereka, bila lagi nak senang. ramai jamaah telah tak datang ke surrau. yang tinggal hanya beberapa orang sahaja yang setia. mereka telah mula sibuk di ladang dan sebagainya. anak-anak muda pula ada yang sering ke pekan untuk membeli belah. pak imam sering balik lewat dari surau. beliau mengenangkan apalah nak jadi dengan orang kampung sekarang. mereka mula lalai dengan dunia. tak macam dulu. kalau ada majlis di surau ramai yang akan hadir. "tu lah imam, mereka tak percaya cakap saya. sekarang apa dah jadi. kata lebai sudin suatu petang. dalam diam imam menjawab dalam hati. "nasi dah jadi bubur...

Pengikut

INSPIRASI JOHARI HASSAN

WATER MARK. Dikuasakan oleh Blogger.