Halaman

Powered by Calendar Labs

Ahad, 31 Ogos 2025

Apa Erti Merdeka

Apa Erti Merdeka (nukolan JO.HS) Cuaca petang itu mendung sahaja. Pak leman masih di ruang tamu rumah flet anaknya di Kuala Lumpur. Anaknya Zali dan isterinya leha keluar entah kemana. Ttelah Seminggu pak leman disini. Telivishen yang menyala di hadapannya langsung tidak menarik perhatiannya. Sayup-sayup lagu-lagu kemerdekaan bermain di tv terus silih berganti. pak Leman tak berminat semua itu. bukan benci pada lagunya dan juga pada acara di tv itu, tapi lebih kepada kekecewaan yang hadir di hatinya. Apa yang diperkatakan oleh anaknya semalam amat terkesan dalam dirinya. Hatinya benar terluka. Memang orang nampak kecil, tapi bagimya apa yang diperkatakan itu besar makna buat dirinya dan bangsa juga negara. Kesannya, hari ini Pak Leman tidak banyak bercakap. Dengan kerusi rodanya dia cuba bergerak ke pintu hadapan. dia cuba meninjau di luar rumah itu melalui tingkap di sebelah pintu. Pak Leman tak nampak apa-apa kecuali kelibat jiran anaknya lijah sedang mengutip baju dari ampaian. umur lijah di jangkakan lebih kurang umur anaknya zali 40 tahun. Zali bertugas sebagai pengawal peribadi kepada seorang datuk. datuk itu ahli politik terkenal di negara ini. Isteri Zali, Leha bertugas sebagai kerani di pejabat peguam. Selalunya maghrib baru mereka balik. Tuhan belum mengurniakan mereka anak walau telah berkahwin berbelas tahun. Jadi Pak leman sendirian sahaja lah setiap hari di rumah ini. Zali akan ambil Cuti ketika Pak Leman ada temu janji di Hospital. Pak leman bukannya suka sanggat tinggal di sini, tapi terpaksa. Di kampung Pak leman juga sendirian. Isterinya Milah telah lama meninggal. Zali hanyalah satu-satunya anak tunggalnya. Pak Leman menolak kerusi rodanya ke tepi dinding sebelah sofa. Di dinding itu ada sebuah kelender tergantung. Pak Leman membelek sekali lagi kelender itu. "eh, hari ini kan 31 Ogos, kenapa Zali dan Leha kerja. Bukankah hari ni cuti? Pak Leman bermonolog dalam hati. Tiba-tiba Pak Leman baru teringat. semalam dalam perbualan dengan Zali, Zali kalau tak salah ada cakap yang dia akan menghadiri sambutan hari kemerdekaan bersama bosnya hari ini.. "terpaksa bah, ikut bos. sebenarnya Zali malas nak menyertai itu semua. Ayat itulah yang membuatkan Pak Leman naik angin satu badan. Panjang mereka bertengkar semalam. Leha turut terlibat dalam petengkaran itu. "itulah kaurang, tak sedar diri" Pak leman teringat balik hujung perbualan mereka. Sambil melepaskan keluhan panjang Pak Leman memusingkan kerusi rodanya ke arah televishen semula. tidak semena pak Leman terpandang laporan berita tentang sambutan kemerdekaan yang berlangsung pagi tadi di dataran Putera Jaya. Terlihat ramai peserta yang hadir dengan perbagai mecam riaksi. Perbarisan berlangsung dengan warna-warni. berbagai agensi mengambil bahagian. terlihat juga kanak sekolah yang mengambil bahagian. tak ketinggalan dari agensi suasta. "agaknya Zali dan Leha ke sinilah tadi kot?" Pak leman bermonolog dalam hatinya. "tu pun kerana terpaksa" Pak leman menyambung. Dengan perasaan yang tidak mennentu itu pak Leman mencapai rimot tv dan menmatikan tv di hadapannya. Segalanya seolah-olah tidak bermakna untuknya. Bukan pak Leman tidak bersetuju dengan sambutan itu, tapi bagi Pak Leman, penghayatannya telah jauh menyimpang. Lebih-lebih lagi di kalangan anak muda sekarang. Itulah yang dijelaskan oleh anaknya Zali dan menantunya Leha. Pak Leman masih keliru. Apa yang diperkatakan oleh anak menantunya ada asasnya. Cuma beliau masihcuba mempertimbangkannya dalam fikiran. Semalam selepas makan malam, Pak leman seperti biasa akan duduk di sofa bersembang dengan anak menantunya. "besok 31 ogos. kau ke mana zali? tanya Pak Leman pada anaknya. "besok kena iring bos ke sambutan merdeka bah. Malas sebenarnya bbah." "malas. bagus lah tu" jawap Pak Leman. "alah bukan ada pun abah. menghabiskan duit ja. untuk apa menghabiskan duit beribu malah berjuta sekadar buat program pembarisan tu." jelas Zali pada ayahnya. Muka Pak Leman berubah marah dengan kenyataan anaknya tu. hatinya terasa terguris. Betapa anaknya tidak menghargai langsung tarikh keramat tu. "kau orang tak merasa keperitan orang dahalu bersusah payah bekorban darah dan nyawa untuk mencapai kemerdekaan itu. tak kerana pengorbanan mereka kau orang semua tak akan selesa seperti sekarang". jelas Pak leman. "bukan gitu bah." leha menyampuk membela suaminya. ""Zali cuma kesalkan cara mereka sambut kemerdekaan tu bah. mereka terlalu membazir bah." sambung leha. "apa salahnya habiskan duit untuk sambutan tu. biar nampak ada pengorbanan sikit. merdeka tu mahal harganya. tak salah kalau hasilnya semua orang akan cintakan kemerdekaan tu. biar mereka kenang jasa orang yang telah berjasa pada mereka." Nada suara Pak Leman sedikit tinggi. "masalahnya bah, benarkah sambutan itu semua akan terkesan di hati mereka bah? fahamkah mereka tentang hakikat sambutan tu? ramai kalangan mereka hanya datang seolah berpesta ja bah. tiada nilai kemerdekaan pun bah." jelas Zali pada ayahnya. "mereka kena usaha jalan lain bah. mereka kena tanamkan semangat kemerdekaan itu dalam bentuk lebih sirius bah. bukan hanya buat sambutan yang membazir tu bah." sambung leha. "kita ni terlalu ikut cara barat bah. mereka yang dulu jajah kita, dan mereka juga yang ajar kita cara menyambut merdeka cara mereka. sebenarnya kemerdekaan kita ni pun diberi cara penuh rahsia di balik hakikat sebenar." jelas Zali lagi. "kami faham akan pengorbanan askar kita bermandi darah berkorban menentang kominis tu bah. tapi bagi penjajah, itu semua tak bermana apa-apa. kemerdekaan kita diberikan melalui parti politik yang mengiktiraf mereka. kami hargai jasa askar kita kerana kalangan mereka ramai terkorban dan cedra. tapi mereka melawan kominis yang langsung tak di bantu oleh penjajah. pengganas itu mula menganas pun selepas kita merdeka bah. jelas zali panjang. "pejuang-pejuang kita yang gugur dahulu seperti tok Janggut, tuk Bahaman dan lainnya langsung tak diiktiraf. mereka ni lah yang pejuang merdeka sebenar bah. malah pejuang kita dikalangan orang melayu ini di angkap musuh dan pengkianat. sebenarnya ramai lagi pejuang melayu yang ditangkap dan dibunuh penjajah. penjajah mengharamkan semua pertubuhan yang menentang mereka dan membiarkan sahaja siapa yang sehaluan dengan mereka. kita sebenarnya tak sebenar merdeka bah. kita merdeka dengan syarat yang menguntungkan mereka. cuma kita yang tertipu bah." jelas leha. "mereka sembunyikan sejarah kita. mereka yang atur segala undang-undang kita agar kita terus laksanakan undang-undang penjajah hingga kini bah. Pak leman terdiam dengan hujah anak menantunya. dia bingung memikirkannya. tapi apa yang dia faham lain ceritanya. dia keliru sekarang. mana mahu dipercaya. "cerdik pandai kita telah mengkajinya bah. mereka mula faham akan muslihat penjajah. mereka menipu sejarah kita agar kita tak tahu perjuangan pahlawan kita." jelas Zali seolah faham akan fikiran ayahnya. "penjajah meletakkan syarat yang berat pada kita bah, kita terpaksa terima pendatang yang mereka bawa masuk dari Cina dan India. perlembagaan kita pun mereka yang tulis dan paksa kita untuk gunakannya. kita langsung tidak punya hak untuk tentukan hala tuju kita. mereka lemahkan kuasa sultan-sultan kita. pemimpin kita mereka pastikan yang hanya mahu melaksanakan apa yang mereka mahu. jelas Zali lagi?. Pak leman makin pelek. sukar dia menerima hujahan anak menantunya itu. kenapa pekara ini semua tak timbul sebelum ini? mana anak-anak menantunya tahu semua ini? "sebenarnya banyak lagi sejarah yang mula disedari oleh orang melayu sekarang ni bah. "mereka memisahkan agama dengan kehidupan. undang-undang syariah kita menjadi undang kelas kedua bah. Benarlah sabda nabi kita. Jika kita tak lagi berpegang pada alquran sebagai panduan kehidupan, kita akan terhina. Mulia kita kerana islam. Jika kita telah lari dari itu allah tak akan bantu kita bah.” jadi layakkah kita gembira menyambuyt merdeka ni bah. Zali menambah persoalan pada pak Leman. "walau begitu kami tetap bersyukur atas apa yang kita kecapi sekarang. tapi tetap merasa tertipu dan tetap merasa kemerdekaan ini satu helah. mereka masih menjajah tapi penjajahan dalam bentuk baru. cukup hanya memantau pada boneka mereka. Kita belum merdeka sebenarnya bah. Kita perlu cari balik aidentiti kita sebenar. Bangsa kita pernah hebat bah. Kehebatan itu telah hilang akibat tamaknya bangsa kita sendiri. Pengkianat bangsa inilah yang merentuhkan ketamadunan bangsa. Dan mereka ini wujud hingga sekarang. Kita kena sedarkan bangsa kita agar jangan terus terleka. Bila aidentiti kita makin pupus, sukar untuk pulih kembali." ulas zali pada ayahnya. Pak leman mengaru-garukan kepalanya yang tak gatal tu. "entahlah ajaran sesat mana yang kau orang bawa ni." sesalnya. "kami cuma ceritakan hakikat sebenar ja bah. terpulang pada abah untuk menerimanya. kata Zali. "cuma kami bimbang akan nasib orang melayu akan datang. segala keistimewaannya sedang dipertikai dan hilang satu demi satu. tapi kita masih leka.umpama katak yang dimasukkan dalam periuk. Walau air makin panas katak itu masih selesa sehinggaa akhirnya dia mati dlam periuk itu. Takkanlah kita sampai ke tahap itu baru kita nak sedar bah." jelas leha menyambung. Dalam diam pak Leman mula faham seikit demi sedikit apa yang diperkatakan oleh anak menantunya. Namun sukar dia menangkis keyakinan lamanya tentang kemerdekaan itu. “contohnya ada dehadapan kita sekarang ni bah. Bumi palastin tu dulunya aman bah. Tapi sikap orang palastin yang baik sangka itulah akhirnya musuh mengambil kesempatan sedikit demi sedikit. Akhirnya orang Palestin itu mereka cuba nak hapuskan dan nak rampas terus bumi itu. Perkara tersebut tak mustahil untuk berlaku pada kita jika kita tak sedar dari sekarang ni bah. Sesungguhnya musuh itu tak pernah berdiam diri selagi kita tak mengikut kehendak mereka. Kalau kita tak sedar, kita akan ikut mereka sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, dan walau masuk ke lubang biawak sekali pun kita akan ikut.” Jelas Zali panjang lebar. “habis tu kita sambut kemerdekaan sekarang ini salah lah?” tanya pak Leman. “salah tu tak salah bah. Cuma kita kena sedarkan terutamanya masyarakat islam melayu agar sedar dan pulihkan keadaan ini sebelum terlambat.” Leha menjelaskan. “asalamu alaikum bah..... Lamunan pak leman terhenti. rupanyanya anak menantunya telah pulang. pak Leman tersentak dengan kepulangan anak menantunya itu “kenapa kami telefon tak dapat bah? Tanya Zali. “entahlah” jawab Pak Leman. “tak mengapalah, jom siap. Kita keluar malam ni. Kita solat kat masjid negara tu dulu lepas tu kita pergi makan. Besik kan abah nak balik....” pujuk leha. “cepat pergi siap” sambung Zali. Perlaahan-lahan pak Leman menolak kerusi rodanya kedalam bilik yang disediakan untuknya. “kaurang tunggulah sekejap abah siap.” Kata Pak Leman sambil tersenyum nipis. .

Pengikut

INSPIRASI JOHARI HASSAN

WATER MARK. Dikuasakan oleh Blogger.