Powered by Calendar Labs
Mengenai Saya
Selasa, 26 Ogos 2025
KEMELUT KAMPUNG MAKMUR
Kampung Makmur tidak semakmur seperti dulu. masing-masing membawa fikiran masing-masing. di mana mereka berada tidak semeriah dulu. di kedai, di pasar, di surau juga begitu. dari gelak ketawa tidak seceria dulu. kenduri kendara juga tidak semeriah dulu.
semua ini bermuala dari pelantikkan ketua kampung yang baru pak brahim. Pak brahim seorang tua di kampunt itu yang mementingkan diri sendiri. semua ini tidak berlaku sebelum itu. pak samad yang meninggal kerana sakit jantung telah merubah segalanya Pak samad disukai oleh ramai penduduk kampung kerana sikapnya yang meudah berbincang.
asalnya penduk kampung mehu melantik haji dolah untuk menggantikan pak samad. tapi kebanyakan orang kampung terpedaya dengan pujukan pak brahim yang pandai bermain kata-kata. maka haji dolah pula seorang yang lurus dan tak pandai bermain politik.
pada suatu malam, pak brahim menjemput semua orang kampung ke ruamahnya untuk majlis makan-makan. berjenis makanan disediakan untuk orang kampung. Nasi briani, satay, dan berbagai jenis kuih muih desediakan. orang kampung memuji-muji setiap makanan itu sedap dan berpuas hati kerana mereka dapat makan dengan banyaknya.
majlis itu diadakan dua hari sebelum perlantikkan ketua kampung yang biasa diadakan di kampung itu setiap kali mereka ingin melantik ketua kampung atau ahli jawatan kuasa yang lain.
dalam bisikkan antara sesama orang kampung itulah mereka dlam diam menghasut antara mereka untuk melantik pak brahim. alasannya kampung mereka akan lebih maju lagi akan datang ini di bawah kepimpinan pak brahim. pak brahim juga sebenarnya agak berada dibandingkan merekan yang lain di ampung itu. manakala haji dolah hanya orang kampung biasa-biasa sahaja.
dalam mesuarat perlantikkan di surau malam itu, penduduk kampung berpecah menjadi dua tiga puak. mereka membawa alasan masing-masing. suasana riuh dengan perbedebatan kecil menambah kekecohan. pak imam terpaksa tenangkan keadaan.
"tuan-tuan dengar sini. kita sekarang ada dua calon yang dicadangkan oleh kita semua. pak brahim dan haji dolah. masing-masing punya kelebihan. jadi tuan-tuan fikirlah secara tenang.
dalam kekecohan itu bangun lah lebai sudin dan berkata.
""kau orang jangan terpedaya dengan pak brahim. dia ada udang disebalik batu tu. dia bukan asal sini. sialap-silap nanti semua tanah kau orang dia jual atau dia ambil jadi hak dia.
suasana makin kecoh. mereh padam muka pak brahim. tidak berpuas hati dengan tuduhan itu.
""lebai kau jangan kurang ajar sanggat ya. aku tak sejahat itu. aku punya ni;at baik untuk majukan kampung ni. ramai lagi pemuda kampung ni takdak kerja. aku cuma nak tolong orang kampung.
""kau jangan tupu lah. celah ramli. dah banyak tahan kat hujung kampung tu kau tipu dan kau jadikan hak kau. mentang-mentanglah mereka tu tak sekolah. kau tipu mereka.
hujah ramli mendapat sokongan ramai. mereka mengiyakan apa yang ramli katakan tu.
dalam waktu yang sama, ramai juga penyokong pak brahim. antaranya gani dan husin. gani bangun dengan semangatnya berkata.
""apa salahnya pak brahim tu. diakan nak majukan kita semua. kan dah ramai anak muda kita dapat kerja dan bekerja di tapak yang diusahakan pak brahim tu. kau ni kuno lah. sambil menunjuk kepada mereka yang tidak bersetuju dengan beliau.
hampir semparuh penduduk kampung tahu niat sebenar pak brahim. walau pun dia memberikan anak muda kampung itu bekerja, tapi bayaran yang di buat amatlah tidak berpadan. kecualilah mereka yang hampir dengan beliau. mereka yang membodek sahaja yang diberi keutamaan dan dibayar lebih sedikit.
pak imam bangun dan berkata.
""macam ni dajalah. kita buat undian. siapa yang banyak undinya kita bersetujulah untuk di lantik jadi ketua kampung ni.
ramai juga yang tak tahu. pak brahim telah membeli ramai orang kampung sebelum itu dengan memberi mereka barang-barang makanan. husin dan gani lah juru hantarnya. mereka berdua buat kerja ini dalam diam atas nama nak membantu.
sebenarnya ramai juga yang menyukai haji dolah. beliau merupakan siak surau tersebut. perwatakannya yang meudah mesra menyebabkan orang kampung senang kepadanya. lagi pun beliau orang lama di kampung tu. semua penduduk kampung dia kenal. di majlis kenduri kendara tak pernah dia tak hadir. dia ringan tangan untuk membantu pa yang dia boleh. namun haji dolah tak banyak harta. cama kuderat sahaja yang dia ada.
pak imam bersuara.
""beginilah. saya hendak melantik gani sebagai tukang kira unndi. jadi, siapa yang bersetuju dengan calun tersebut sila angkat tangan. boleh?
masing-masing tidak terkata apa walau ada yang cuba protes akan perlantikkan gani itu. mereka tahu gani bukanlah seorang yang amanah sanggat. namun apakah daya mereka. pak imam telah buat keputusan.
""bailah sekarang ini saya akan sebut nama.
semua orang diam tanpa berkata apa-apa..
pak imam seolah memandang mereka seorang demi seorang sebelum menyebut nama calun.
"siapa yang sokong pak brahim angkat tangan....
ramai yang mengankat tangan. dalam diam pak brahi;m merasa bangga.
gani memulakan tugasnya. mulutnya kumat kamit mengira. hatinya terasa puas.
"dah ka gani? pak imam bertanya.
"dah pak imam. gani menyahut dengan yakin.
"sekarang siapa menyokong haji dolah angkat tangan.
tak kurang ramai juga mengankat tangan.
gani sekali lagi berkumat kamit mengira.
"selepas ini kita minta gani umumkan calun yang menang dan saya minta semua terima dengan tenang. kita doakan yang baik saja demi kampung ni.
semua jamaah di surau itu yang terdiri dari orang kampung berdebar. masig-masing mengharapkan calon mereka dipilih.
dalam diam, pak brahim memberi isyarat mata pada gani. gani mengangguk perlahan tanda faham.
ada seorang dua dari penduduk kampung melihat gelagat pak brahim dan gani. tapi mereka tak faham apa ertinya.
"baik lah, dengan ini saya akan umumkan pemenangnya.
semua mata bertumpu pada gani.
"haji dolah mendapat 30 unndi, maka pak brahim mendapat 40 undi. jadi pak brahim lah yang layak menjadi ketua kampung kita..
bermacam-macam riaksi orang kampung itu. ada yang terkejut, ada yang bersorak, ada yang kecewa.
lalu pak imam bersuara.
"jadi, kita harapkan semua kita dapat terima keputusan ini. kita doakan pak brahim dapat buat sesuatu untuk kampung kita.
malam itu orang kampung itu pulan dengan bermacam perasaan. sejak itu mereka terbawa-bawa dengan harapan masing-masing.
walau telah berbulan berlalu, keadaan itu tak banyak berubah. entah mengapa itu semua menjadi retak menunggu belah. keadaan itu tak pernah berlaku sebelum itu.
dalam waktu yang sama, pak brahim meneruskan cita-citanya. beliau tahu, orang kampung yang tak secerdik mana itu mudah dibeli. sedikit demi sedikit beliau dengan liciknya menusuk jarum jahatnya. sifat tamaknya makin menjadi-jadi. beliau yakin, sedikit masa lagi beliau akan punya berekar-ekar tanah di kampung itu.
keringat orang kampung diperah secukup-cukupnya untuk merialisasikan impiannya. beliau bercita-cita untuk membuat bermacam jenis ladang. dan hasil ladang itu beliau jual di pekan besar untuk mendapat untung. siapa lagi kalau keringat orang kampung untuk diperah semahu-mahunya. bayaran yang diberikan tidak setimpal tapi apa kan daya. orang kampung yang tak pernah merasa duit yang lebih, merasa gembira sanggat. gani dan husin dari naik basikal kini telah punya motor.
setiap dua hari tiga hari sekali lori-lori akan masuk ke kampung mereka untuk mengambil hasil. ada sayuran, ada jagung, adabuah-buahan dan macam-macam lagi. makcik limah dan makcik bedah makin bergaya. mereka bergaya hasil jualan tanah mereka pada pak brahim.
jali juga telah punya motor. kesana sini dengan motornya berbangga dengan pak brahim. dusunnya telah terjual pada pak brahim.
pernah haji dolah menasihati mereka supaya jangan jual tanah mereka pada pak brahim, namun mereka tak mengindahkannya. jawapan mereka, bila lagi nak senang.
ramai jamaah telah tak datang ke surrau. yang tinggal hanya beberapa orang sahaja yang setia. mereka telah mula sibuk di ladang dan sebagainya. anak-anak muda pula ada yang sering ke pekan untuk membeli belah. pak imam sering balik lewat dari surau. beliau mengenangkan apalah nak jadi dengan orang kampung sekarang. mereka mula lalai dengan dunia. tak macam dulu. kalau ada majlis di surau ramai yang akan hadir.
"tu lah imam, mereka tak percaya cakap saya. sekarang apa dah jadi.
kata lebai sudin suatu petang.
dalam diam imam menjawab dalam hati.
"nasi dah jadi bubur...
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
Pengikut
RADIO DAN TV ONLINE
INSPIRASI JOHARI HASSAN
WATER MARK. Dikuasakan oleh Blogger.